Sunday, 6 November 2011

sAlaM AidiLaDha

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, semalam akhirnya tiba juga di Kuala Terengganu selepas perjalanan hampir 11 jam dari Stesen Bas Kajang... First time tiba di malam raya.. memang xtau nak cakap apa..

Saya dan kawan2 bertolak dari UKM lebih kurang jam 8 lebih (pagi).. Kami naik teksi berempat. Seorang balik Kedah, 3 balik Terengganu.. Sampai kat Stesen Bas Kajang, kami sarapan kat warung berdekatan. Dalam jam 10 am akhirnya nmpak bas kami tiba. Masing-masing excited bila naik bas, maklumla dah 2 bulan x balik.. :) Jam 10.15pg kami akhirnya bertolak balik ke negeri tercinta.. Terengganu...

Bile sampai je kat sana, ayah & mak kawan yg satu bas (wani) da smpai.. Ayah saya masih kat masjid.. memang sengaja kol lewat2, padahal orang lain biasanya kol sebelum sampai. Saja nak duduk kejap sorang2 kat situ & perhatikan gelagat2 manusia. :)

Ok la.. Kali ni xnak tulis panjang2. Cukupla sekadar ni saja.. akhir kalam, Salam Aidiladha buat semua.. semoga kita semua dapat memahami dan menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya... =)

Sebagai penutup, harap sudi baca coretan kata yg x seberapa ni.. ^^


Pengorbanan.. fhmkah kita erti pengorbanan? 


Kadang2 kita perlu berkorban utk kebahagiaan org lain
Kadang2 kita perlu berkorban utk masa depan yg lebih baik
Kadang2 kita perlu berkorban utk menjamin kebahagiaan di akhirat sana


Kadang2... kita perlu mengorbankan apa yg kita suka demi mendapatkan redhaNya.. jadi.. berkorbanlah.. x semua yg kita nak, kita akan dapat... dan x semua yg kita suka buat, kita boleh buat..




Tuesday, 4 October 2011

Dunia Baru...

Assalamualaikum wbt semua...

Alhamdulillah, setelah pelbagai pengalaman pahit dan manis ditempuhi, akhirnya kini saya telah bergelar seorang mahasiswa... Eh2 kat mana tu? agak2 kat mana??

Mana lagi kalau bukan.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



di menara gading Universiti Kebangsaan Malaysia....


Syukur yang tidak terhingga  dipanjatkan ke hadratNya kerana telah memakbulkan doa saya.. UKM sememangnya antara Uni pilihan.. Tapi sebenarnya antara Uni2 tempatan, yg paling jadi pilihan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia... UIA.. Tapi nk buat camna, harapan hanya tinggal harapan je la bila masuk matrik.. sebab UIA dah ada matrik diorang sendiri.. Apa2 pun, dah sangat bersyukur dengan apa yang dapat hari ini. =)

Sedikit perkongsian tentang hari pendaftaran di UKM. Sehari sebelumnya,  saya, ayah & adik-adik bertolak ke KL. Malam tu kami tido kat rumah kakak dekat Ampang. Pagi esoknya, kami bertolak ke UKM lepas sarapan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Kakak pun student UKM dulu, jadi dia tau jalan-jalan dalam UKM ni dan kami dapat lalu jalan yg langsung x crowded & dapat parking dgn senang. Time daftar pun tenang2 aje. Alhamdulillah sebab dokumen semua lengkap jadi proses pendaftaran dapat dijalankan dgn lancar & pantas. Bila siap daftar dan masukkan brg2 dlm bilik, kami keluar balik sebab byk lagi brg2 keperluan yg x dibeli.

Jam 2petang tu, maka bermula la sesi orientasi... aturcara dye rsa cam x bape nak ingat la.. hehe.. almaklumla dh sebulan tapi baru nk update sal ni.. tapi pepun bez la jugak 10sen minggu orientasi ni.. cuma yg x beznya byk sangat taklimat.. adoi...

Waktu lalui orientasi ni, selalu teringat kenangan2 time jadi AJKO kat matrik ksygn, Kolej Matrikulasi Perlis haritu.. rasa cam kena buli balik pulak sebab time jadi AJKO tu sonok suh budak2 tu wat itu ini.. pegi sana pegi cni.. gelak2 tgk diorang sbb kena buat benda2 yg cam bdk2 (cth: gantung kunci kt nametag).. pastu tetibe kena buat benda sama.. bezanya cuma haritu jadi yg mengurus, skang jadi yg diurus.. hehe.. rasa kelakar pun ada..



Sebenarnya byk lagi nak cerita, tapi dah penat & xtau nk tulis apa.. ok terima kasih atas kesudian baca cerita yg ditulis cincai ni.. kamsahamida~

^____^

Friday, 2 September 2011

Satu hari di Hari Raya




Assalamualaikum wbt...
Selamat hari raya semua!!

Raya kali ni rasanya raya yg paling blurr.. tetibe je dah raya.. x sedar pun.. hee ^^  Maybe sebab tahun ni xde balik2 kampung kot.. kalo duduk asrama memang la duk kecoh sal raya dengan kawan2.. nyanyi ramai2.. tapi bila duk rumah ni x terasa mana kemeriahan pasal x ramai orang kat rumah time bulan puasa...abg kakak pun balik dh dekat2 raya...

hari raya pertama agak spoil sebab satu family sakit perut kemungkinan besar gara2 makanan berbuka puasa yg kami mkn kt kedai hari sblumnya tu. time sakit pagi raya tu, ingat dah xleh raya dah. Alhamdulillah kami semua mampu gagahkan diri pergi beraya. yang beznye dapat banyak la plak duit raya.. hehe.. rasa cam dah besar.. siap cakap lagi "saya dah nak masuk U dah pun.." tapi orang still bagi. xpe2.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... (nasihat dari orang yg selalu cari musuh :p)

Alhamdulillah, raya kali ni lebih ceria dengan kehadiran 2 orang anak saudara, Airis Safiya & Nurqaseh Qaireen Batrisyia... comel2 blake.. tengok depa 2 orang memang seronok.. macam2 ragam.. macam2 bunyi.. macam2 aksi... Airis dah masuk 5 bulan, Qaseh pulak baru 3 bulan.. Raya tahun depan dah boleh tengok diorang berjalan sama2 kot.. InsyaAllah...

                                        Airis Safiya, anak Kak Long

                          Nurqaseh Qaireen Batrisyia, ank Kak Ngah

Apa yang penting, semua adik beradik ada raya tahun ni. Itulah nikmat yang paling membahagiakan. Raya x raya x penting, yang penting dapat berkumpul satu family. Ayah pun macam biasa datang rumah time pagi raya pertama.  Tapi silap pasal kami x ambik pun gambar stu family.. haiyaa... sayang2..

oh sal baju plak.. macam biasala malam raya baru dapat tengok... Sebenarnya ingat tahun ni dapat pilih sendiri sebab setelah 6 tahun, baru tahun ni saya ada full kat rumah time bulan posa.. tapi mak dah belikan tuk kami.. Tapi tak kisah pun, sebab mak pun dah faham taste anak dia yang pelik sorang ni. Tak mau yg fesyen2 cam yang lain. Biasa-biasa saja, cam tuan dia. ^^

cam nak citer lagi.. tapi x tau nak taip ape dah.. ok xpe, setakat ni je lah dulu melalut.. len kali plak sambung ye.. sayonara~

Wallahualam

Wednesday, 24 August 2011

Sabar dan Redha....

Bismillahirrahmanirrahim...


Saya masih ingat kata-kata seorang ustaz yg merupakan penceramah bebas, katanya, "Ramai org boleh bersabar dgn ujian, tetapi tidak ramai yang redha dengannya.. "


Pada mulanya saya kurang memahami konsep sabar dan redha, tetapi setelah mendengar kata-kata ustaz itu, saya mula berfikir dan merenung kembali. Ternyata apa yang dimaksudkan ustaz tersebut sangat benar..


Rasa bimbang pula bila terfikir yang saya mungkin tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar tetapi tidak redha. Oleh itu, saya berazam untuk mendidik jiwa agar tidak hanya bersabar, tetapi redha dengan segala ujian yang menimpa. InsyaAllah


Di bawah ini, saya selitkan satu artikel tentang konsep sabar dan redha yg sangat menarik, dijumpai dari satu blog. 

.............................................................................................


Saat dilanda ujian dan dugaan, kita bertempik kecewa.
Tika cubaan datang, serasa sesak dada hingga berprasangka buruk kepada Tuhan.
Tatkala dihempit derita, kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.
Bahkan saat itu, kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.
Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
Maka setelah diturunkan ujian berganda-ganda bagi menguji keimanan hambaNya, Allah SWT mengingatkan kita tentang kalimah ‘sabar’. Kerana kesabaran adalah senjata bagi menghadapi segala mehnah dan tribulasi.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)
Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dariNya. Dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengikuti jalan sukar yang dihembuskan Syaitan durjana. Syaitan sama sekali tidak akan senang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan senantiasa berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Biarkan Syaitan kecewa dengan sikap kita yang keras menentang bisikan-bisikannya. Perbanyakkan doa dan solat agar tali yang mengikat kepada Rabbi bertambah utuh dan kuat.

Tatkala Dihadirkan Ujian
Setiap kesabaran yang terbina, adalah lahir daripada hati dan nurani yang bersih. Hati yang kotor, adalah amat payah untuk menerima sebuah kesabaran dan rasa redha berpanjangan.
Kebeningan hati laksana sebuah istana kukuh, mampu menahan segala serangan musuh. Sekuat mana musuh itu, jika istana yang dibina dibentengi perisai kukuh, penjaga berdisplin dan teratur, serta senjata penangkis yang utuh, pasti musuh tersungkur rebah tanpa sempat menawan istana itu.
Dari Abu Said al-Khudri RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah SWT akan menjadikannya mampu bersabar. Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (Muttafaq ‘alaih)
Begitu juga hati kita, apabila dibina dengan benteng kesabaran, dikelilingi senjata redha, dan sistem pertahanan berupa doa yang tak putus-putus, nescaya ia sukar untuk diroboh. Saat itu, Allah SWT pasti akan menurunkan pertolonganNya yang berupa kekuatan menyinari dalamannya dan memberikan ganjaran berlipat kali ganda atas kesabaran yang menghiasi diri hambaNya.
Dari Abu Malik al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Sabar adalah cahaya…” (HR Muslim)
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita, bahawa apabila Allah SWT menyayangi suatu kaum, pasti Allah SWT akan menurunkan ujian dan cubaan. Alhasil, Allah SWT akan menilai sejauh mana takat kesabaran yang terbentuk. Kadangkala, ada sesetengah manusia membenci kesusahan, kesakitan, bebanan yang ditimpakan ke atasnya sehingga bertempik benci dan mengeluh panjang kepada Allah SWT. Maka, jika itulah keadaannya, ini bererti manusia itu telah menempah murka Allah SWT. Tatkala itu, Allah SWT akan menimpakan kemurkaanNya dengan nilaian dosa. Dosa akibat lemahnya rasa sabar manusia terhadap ujian yang dihadapi.
Hadis yang telah dikeluarkan oleh Ahmad melalui jalur Mahmud bin Labid menyatakan, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla jika menyintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan cubaan kepada mereka. Barangsiapa yang sabar, maka dia berhak mendapatkan (pahala) kesabarannya. Dan barangsiapa marah, maka dia pun berhak mendapatkan (dosa) kemarahannya.”
Telah disebut oleh al-Qirafi bahawa adanya ijma’ (kesepakatan) di kalangan ulama’ mujtahid bahawa haram hukumnya kita marah terhadap qadha Allah SWT. Keharaman marah terhadap qadha juga ada disebut dalam sebuah hadis lain berbunyi:
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jika Allah akan menyintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang bersabar maka kesabaran itu bermanfaat baginya. Dan barangsiapa marah (tidak sabar) maka kemarahan itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam at-Tirmizi. Ibnu Muflih berkata: “Isnad hadis ini baik”)
“Sebab aku tidak ada wang, aku terpaksa mencuri. Mungkin Allah SWT tidak menyayangiku lagi.” Rungut individu yang bersangatan kecewa tanpa dibatasi iman.
“Allah, mengapa Engkau turunkan ujian sebegini, mengapa?!” Bentak individu lain tanda kecewa.
Kes sebegini terlalu banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Kita selalu marah-marah pada Pencipta bila letih menerima cubaan, hingga ada yang sanggup mencaci-maki bagai orang gila yang tidak berpedoman. Kita menyalahkan Allah SWT, menyalahkan takdir, menyalahkan qadar ketentuan Ilahi tanpa menggunakan neraca iman dan ilmu. Kita tidak lagi memandang akan hikmah tersembunyi.
Lantas, kekecewaan bersalut dosa terus membelenggu diri, merantai jiwa hingga tertutup pintu hati kepada sebuah kebenaran. Nauzubillahhi minzalik.
Moga, saya dan kalian terjauh dari perilaku sebegini.

Menelaah Erti Sabar
Erti sabar bukan hanya sekadar meniti di bibir. Bukan semata-mata mengatakan yang kita mampu menahan sabar bila dilanda sekelumit musibah. Sabar juga bukan omongan kosong yang harus diwar-warkan kepada umum agar mendapat pujian dan dilabel sebagai insan yang penyabar.
Justeru, erti sabar sebenar adalah ketika kita tegas mengatakan yang haq lalu melakukannya. Di samping melaksanakan, kita sudah siap-siaga menghadapi sebarang risiko mendatang tanpa rasa lemah, takut, atau berpaling melarikan diri.
Sifat sabar sebenar yang dikurniakan Allah SWT adalah rimbunan buah ketaqwaan yang menyubur di dalam nubari insan beriman. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat.” (Yusof: 90)
Sifat sabar sebenar adalah kesabaran yang menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah SWT, jelas matlamat dan tujuan hidup, bercita-cita untuk menuju ke syurga melalui siratol mustaqim (jalan lurus). Gambaran ini boleh dikutip dari kisah kesabaran Bilal bin Rabah menahan derita disiksa dan dihempap batu besar tatkala mempertahankan keimanan kepada Azza Wajalla. Begitu juga kisah keluarga Yasir yang disula hingga menemui ajal semata-mata bersabar menahan siksaan atas keengganan kembali kepada kepercayaan Jahiliyyah lagi Taghut. Lantas Rasulullah SAW bersabda:
“Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”
Misalan lain, sebagaimana kesabaran Khubaib dan Zaid; dia berkata:
“Demi Allah, aku tidak suka Muhammad SAW ditimpa musibah walau hanya dengan duri, sementara aku selamat dengan keluargaku.”
Selain itu, sifat sabar orang-orang yang menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim, menghentikan perbuatan mencaci dari kalangan mereka yang suka mencaci, melaksanakan amar makruf nahi mungkar juga terkategori sebagai kesabaran sebenar.
Ini sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW:
“Tidak, demi Allah, kalian harus menghentikan orang yang zalim, kalian harus membelokkan mereka (dari kezaliman) menuju kebenaran, dan kalian harus menahan mereka dalam kebaikan atau Allah akan mengunci hati sebahagian dari kalian disebabkan oleh sebahagian yang lainnya dan Allah akan melaknat kalian sebagaimana telah melaknat Bani Israil.”
Maka, bersabarlah dengan sebenar-benar sabar bila qadha Allah bertandang ke kamar hidupmu...


sumber : http://www.faridrashidi.com/2011/03/09/bersabar-menghadapi-ujian-dan-redha-terhadap-qadha/

Sunday, 14 August 2011

Jom blaja math.. ^_____^


Assalamualaikum anak-anak murid semua! Hari ini saya nak mengajar subjek Matematik! (eh2 tetiba jadi cikgu. Tapi xpela ^^) 

Saya rasa bab ni penting sangat untuk kita semua aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar ^^. Jadi semua pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita mulakan okey?

Tajuk yang akan cikgu ajar hari ini adalah; Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? kat mana-mana je pun boleh. Rukun solat sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?



Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;

Solat sendirian = RM1,

Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari pulak;

Sehari;

5 kali X RM1 = RM5,

5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari (kalau tak ponteng:). Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. Hehe. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;

30 hari X RM5 = RM150

30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. Hoho. Siapa la yang nak gaji kecik kan?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun...

Setahun;

12 bulan X RM150 = RM1,800

12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu beb! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? Hehe..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dan sebagainya. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je .. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?



Eh kejap (o_0), ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! InsyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manafestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jaaaauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom sesame start kumpul 'duit' banyak-banyak!! :D selamat beramal ^___^




credit : forgot where this article was taken. hee sorry =_=