Friday, 27 September 2013

A story of appreciation


This is a powerful message in our modern society.  
We seemed to have lost our bearing & our sense of direction.**Story of Appreciation**

One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company.He passed the first interview, the director did the last interview, made the last decision.

The director discovered from the CV that the youth's academic achievements were excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research,  
 never had a year when he did not score.

The director asked,  
"Did you obtain any scholarships in school?"  
the youth answered "none".

The director asked,  
 " Was it your father who paid for your school fees?"   
The youth answered,  
"My father passed away when I was one year old, it was my mother who paid for my school fees.

The director asked,  
 " Where did your mother work?"  
The youth answered,  
 "My mother worked as clothes cleaner.  
The director requested the youth to show his hands.  
The youth showed a pair of hands that were smooth and perfect.

The director asked,  
 " Have you ever helped your mother wash the clothes before?"  
The youth answered,  
"Never, my mother always wanted me to study and read more books.  
Furthermore, my mother can wash clothes faster than me.

The director said,  
"I have a request. When you go back today, go and clean your mother's hands, and then see me tomorrow morning.*

The youth felt that his chance of landing the job was high. When he went back, he happily requested his mother to let him clean her hands. His mother felt strange, happy but with mixed feelings, she showed her hands to the kid.

The youth cleaned his mother's hands slowly. His tear fell as he did that. It was the first time he noticed that his mother's hands were so wrinkled, and there were so many bruises in her hands. Some bruises were so painful that his mother shivered when they were cleaned with water.

This was the first time the youth realized that it was this pair of hands that washed the clothes everyday to enable him to pay the school fee. The bruises in the mother's hands were the price that the mother had to pay for his graduation, academic excellence and his future.

After finishing the cleaning of his mother's hands, the youth quietly washed all the remaining clothes for his mother.

That night, mother and son talked for a very long time.

Next morning, the youth went to the director's office.

The Director noticed the tears in the youth's eyes, asked:  
" Can you tell me what have you done and learned yesterday in your house?"The youth answered, 
 " I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes'The Director asked, 
 " please tell me your feelings."

The youth said, 
Number 1, 
 I know now what is appreciation. Without my mother, there would not the successful me today. 
Number 2, 
 by working together and helping my mother, only I now realize how difficult and tough it is to get something done. 
Number 3, 
I have come to appreciate the importance and value of family relationship.

The director said,
" This is what I am looking for to be my manager. I want to recruit a person who can appreciate the help of others, a person who knows the sufferings of others to get things done, and a person who would not put money as his only goal in life. You are hired.

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates. Every employee worked diligently and as a team. The company's performance improved tremendously.

A child, who has been protected and habitually given whatever he wanted, would develop "entitlement mentality" and would always put himself first. He would be ignorant of his parent's efforts.
When he starts work, he assumes that every person must listen to him, and when he becomes a manager, he would never know the sufferings of his employees and would always blame others.

For this kind of people, who may be good academically, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement.
He will grumble and be full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parents, are we really showing love or are we destroying the kid instead?*

You can let your kid live in a big house, give him a Driver & Car for going around, Eat a Good Meal, learn Piano, Watch a Big Screen TV. But when you are Cutting Grass, please  let them experience it. After a Meal, let them Wash their Plates and Bowls together with their Brothers and Sisters. Tell them to Travel in Public Bus, It is not because you do not have Money for Car or to Hire a Maid, but it is because you want to Love them in a right way.

You want them to understand, no matter how rich their parents are, one day their hair will Grow Grey, same as the Mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learns the ability to work with others to get things done. 

Monday, 18 February 2013

7 Perangkap Semasa Menuntut Ilmu


1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:

Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
Tidak mahu berusaha lebih
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

Berebut mendapat perhatian pensyarah
Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



by PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD

Thursday, 14 February 2013

Rahmat Ujian

Ujian adalah tarbiyah dari Allah. Setiap manusia menjalani tarbiyah yang berbeza, bergantung atas kemampuannya. Sedar atau tidak, ujian-ujian inilah yg membentuk diri kita. Ujian itu, sebenarnya adalah rahmat yang akan dapat dilihat oleh sesiapa yang menggunakan hati untuk melihatnya.

Teringat kisah waktu kecil-kecil dulu. Nikmat berjalan pernah ditarik seketika kerana satu penyakit. Nerve-system problem. Entah apa nama sebenar penyakit ini.  Saya tidak mampu untuk berdiri dan perlu diangkat untuk ke mana-mana. Alhamdulillah, ketika mula belajar di tadika, kaki sudah boleh digerakkan. Namun kadangkala akan terjatuh tiba-tiba dan terpaksa dipapah untuk duduk. Entah berapa kali pergi ke klinik itu dan ini. Tak pernah saya betul-betul faham apa penyakit yang dialami sebenarnya. Sehinggalah sekarang.

Tapi alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberikan saya kekuatan. Sekarang dapat berlari, berjalan hingga berkilo-kilo meter, malah mendaki bukit berkali-kali. Walaupun hakikatnya mengambil risiko yg tinggi disebabkan sakit ini masih ada & akan datang tanpa dijangka. Kebiasaannya setelah berjalan jauh ataupun mendaki bukit, kesannya pada saya akan berganda berbanding kawan-kawan yang turut bersama. 


Apapun, moga Allah akan sentiasa membantu saya agar dapat terus menggerakkan kaki ini bagi meneruskan langkah dalam perjalanan hidup yang mungkin masih panjang ini. Moga saya dapat terus berjalan tanpa henti dalam perjuangan meredah segala macam yang menanti.

Di sebalik ujian-ujian yang dihadapi, terlalu banyak lagi sebenarnya nikmat yg Allah kurniakan kita sehari-hari. Tinggal kita saja yang perlu membuka mata untuk melihatnya. Lihat dengan hati, biar ketika kita hendak melakukan apa yg dilarangNya, kita rasa malu bila mengenangkan apa yang telah diberi.  




Wednesday, 30 January 2013

Live it, love it, learn from it! :)


"The person with the widest smile always the one with the biggest problem.."

Menyelusuri kehidupan, saya bertemu dengan insan2 yg mempunyai pelbagai latar belakang. Masing2 punya masalah tersendiri.

Namun kerap kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini. Orang yg masalahnya biasa-biasa saja, sedih bagai hilang segalanya. Orang yg masalahnya ibarat tiada pengakhirannya, sering tersenyum ceria.

Kesimpulannya? Ia bergantung pada mentaliti kita sendiri. Sejauhmana kita membiarkan masalah itu membelenggu hidup kita. Jika kita terus-terusan memikirkan perkara negatif, tanpa disedari kita sudah menutup mata daripada perkara-perkara positif yang ada di sekeliling.

So, let's be positive!  Don't let problems knock you down easily :)

------------------------------------

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahu akan tiap-tiap sesuatu)”

(At-Taghaabun: Ayat 11)


Sunday, 27 January 2013

Bismillah.. In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Assalamualaikum wbt..

Bismillah..

Banyaknya sarang labah-labah kat blog ni ye? Tuan dia tak tau pi mana. ^^ Lama betul tak menaip dalam blog ni. Sebenarnya cadang nak buat blog lain dah, tapi bila tengok balik sayang la pulak, sebab kawan-kawan matrik ramai (padahal x ramai sangat pun =_=) yang follow blog ni.

Sempena 2013 ni, insyaAllah akan cuba untuk pastikan blog ni kerap "terupdate". Banyak sebenarnya kisah yang nak dikongsi, kisah kehidupan sehari-harian yang bila dilihat kembali, penuh dengan 1001 pengajaran. Sambil tu teringin nak asah balik skill penulisan yang dah berkarat ni.

Harapan, moga jari jemari saya mampu menaip sesuatu yang bermanfaat untuk semua, insyaAllah.
Moga Allah redha ;)

Saturday, 11 February 2012

TANDA-TANDA HATI YANG MATI

1.Berani meninggalkan solat. 


2.Tenang Tanpa Merasa Berdosa Padahal Sedang Melakukan Dosa Besar.


3.Tidak tersentuh Hatinya bahkan menjauhi Ayat-ayat Al-Quran.


4.Terus menerus Melakukan Maksiat.


5.Sibuknya mengumpat dan buruk sangka.


6.Sangat Benci Mendengar Nasihat Yang Baik Dan Benci Pada Ulama'.


6,Tidak Ada Rasa Takut Akan Peringatan Kematian,Kuburan Dan Akhirat.


7.Gilanya Pada Dunia Tanpa Peduli Dosa.


9.Senang Melihat Orang Susah Dan Menderita dan Benci Melihat Orang Senang.

Saturday, 31 December 2011

Time to turn on the new pages...

Sebentar saja lagi, 2011 akan melabuhkan tirainya.
Pejam celik pejam celik, tahun ini berlalu begitu saja.
Tahun yang penuh dengan kenangan.
Tahun yang dipenuhi gelak tawa dan tangisan.
Tahun yang mengajar dengan 1001 lagi pengalaman.
Juga tahun di mana aku akhirnya melangkah ke menara gading.
Bagaikan mimpi, sekelip mata sudah berada di sini.

2011, sungguh ia dipenuhi dengan pelbagai kenangan yang sukar dilupakan
sama ada pahit atau manis, semuanya mendidik aku untuk lebih mengenal erti kehidupan.

Semoga di lembaran baru 2012 ini, 
Kita mampu untuk menjadi insan yang lebih baik
menjadi manusia yang lebih berjaya
dan menjadi hamba yg lebih taat padaNya..





Sunday, 25 December 2011

Allah is always there... =)

Walau tak ada orang sayang kita tapi ALLAH ada dekat di hati kita,
 Walau tak ada orang cinta kita tapi ALLAH sentiasa KASIHI kita,
 Walau tak ada orang tolong kita tapi ALLAH ada LINDUNGI kita,
 Walau tak ada orang rindu kita tapi ALLAH tetap tunggu kita,
 Walau tak ada orang jaga kita tapi ALLAH ada perhatikan kita,
 Walau tak ada orang dengan kita tapi ALLAH ada temankan kita..


So, jangan risau..
La takhaf, wa la tahzan..
InnAllahamaana...


 ^__^

Friday, 16 December 2011

Teruskan perjuangan... =)

Zaman itu berulang lagi
Zaman di mana Islam kembali menjadi asing
Yang berjuang dikatakan hipokrit
Yang menentang dikatakan benar 

Tanpa disedari
Mereka menentang agama sendiri
Tanpa disedari
Mereka menentang saudara sendiri
Tanpa disedari
Mereka memusuhi golongan yang berbakti

Pada pejuang-pejuang Islam
Teruskanlah langkahmu
Teruskanlah jihadmu
Pedulikan mereka yg masih buta
Untuk menilai antara kaca dan permata






Sunday, 11 December 2011

Let's be grateful.. =)

Adakalanya kita perlu MENANGIS
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.


Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu
kerana dia yang MENABAHKAN kamu.


Bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu
kerana dia yg MEMUPUK kamu BERDIKARI.


Bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu
kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu.


Bersyukur pada orang yang MENYIKSA kamu
kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN...




Teringat kata-kata yang selalu disebut oleh seorang ustaz, ''Bukan mudah utk kita miliki syurga Allah.."
Saya rasa semua orang pasti faham maksud ayat ini. Jalan menuju ke syurga itu sememangnya dipenuhi ranjau berduri. Jika tidak, mengapa hanya sedikit bilangan yang memasuki syurga berbanding neraka? Bayangkan, di Padang Mahsyar kelak, akan ada 12 golongan tetapi hanya satu daripada golongan tersebut yang masuk syurga... Allahuakbar.. Semoga kita berada bersama-sama satu golongan itu. Tapi fikir-fikirkan, entah berapa peratus sahaja kemungkinan untuk kita berada dalam golongan yang menuju ke syurga itu..


Alhamdulillah... syukur, kita masih bernafas lagi hari ini. Masih diberi waktu dan kesempatan olehNya untuk terus melangkah di bumi ini demi mencari redhaNya dan mengutip bekalan untuk dibawa ke akhirat sana.. Entah bila waktu kita akan berakhir. Hanya Dia yang mengetahuinya. Apa yang penting sekarang adalah kita berusaha untuk menjadi antara hamba-hambaNya yang terbaik.. insyaAllah =)

Berjalan tanpa henti...

Pernah suatu ketika,
Aku berjanji pada diri
Untuk terus berjalan tanpa henti
Walau apa jua yang bakal mendatangi
Walau sepahit mana cabaran mendekati
Walau sesukar mana perjuangan ini

Tapi terkadang
Terhenti juga aku
Di tengah-tengah perjalananku
                                 Merenung sejenak kenangan yang ditinggalkan di belakang
Jalan-jalan yg pernah dilalui
Terasa ingin berpatah kembali

Manusia itu
Mereka tidak akan pernah mengerti
Andai tidak mengalami
Apa yang mereka mampu
Hanya lah meluahkan kata-kata simpati
Yang kadangkala seolah tiada erti 

Siapalah aku
Hanya seorang hamba 
Yang masih mencari2 cinta TuhanNya...



Friday, 9 December 2011

My Engagement Day... =)


Hari-hari b'lalu dilewati seakan sudah setahun lamanya,namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.Terkadang terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing,tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung.Mha Suci Allah yg mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah,tiada kelebihan yang istimewa,tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol.Jalan ku juga dua kaki,lihat ku juga mengguakan mata,sama seperti mausia lain yang menumpang di bumi Allah ini.Aku tida buta,tidak juga tuli mahupun bisu.Aku bisa meliat dengan sepasang mata pinjaman Allah,aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang.Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani,aku juga tidak sehebat serikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti,aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.Aku hanya seorang Insyirah yang sedang menggembara di bumi Tuhan,jalanku kelak juga sama..Negeri Barzakh,insyaALLAH.Destinasi aku juga sama seprti kalian,Negeri Abadi.Tiad akeraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut,ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis.Aku hanya tersenyum,tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak,tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu.Sehingga kini,aku tetap setia dalam penantian. 


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatsusila.


''Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?''


Aku menjwab tenang...''Warna putih,bersih..''


"Alhamdulillah,ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.''


''Ibu,4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah.Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini,aku menyelak satu per satu..helaian demi helaian naskah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah.Malam Pertama...sukar sekali aku unkapkan perasaan yang bersarang,mahu saja aku menangis semahunya tetapi aku sudah ikrarkan,biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menghadapi hari bahagia tersebut.Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunaganku itu ,aku semakin banyak mengulang al-Quran.Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu,aku sudah khatam al-Quran,setidak-tidanya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.Mudah-mudahan aku tenang..As-Syifa' aku adalah al-Quran,yang setia menemani dalam resah aku menanti.Benar,aku sedang memujuk gelora hati.Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut,begini rasanya orang-orang yang mendahului.


''Kak Insyirah,siapa tunang akak?mesti hebat orangnya.Kacak tak?''
Aku tersenyum,mengulum sendiri setiap rasa yang singgah.Maaf,aku masih mahu merahsiakan perkara itu.Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang,kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


''InsyaALLAH,'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah.Itu yang paling utama.''


''Usah berlebihan ya...''


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu,hilang dari pandangan.


''Insyirah,jom makan!''


Aku tersenyum lagi..Akhir-akhr ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


''Tafaddal,ana puasa.''


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


''Wah,Insyirah diet ya.Maklumlah hari bahagia dah dekat.Tariknya tak tetap lagi ke?''


''Bukan diet,mahu mengosongkan perut.Maaf,tariknya belum ditetapkan lagi.''


Sehingga kini,aku tidak tahu bila tariknya yang pasti.Maafkan aku sahabat,bersabarlah menanti hari tersebut.Aku juga menanti dengan penuh debaran,moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak.Doakan aku,itu sahaja.


...........................


''innalillahi wainna ilaihi rajiun...''


''Tenangnya..Subhanallah..Allahuakbar.''
''Ya Allah,tenangnya..''
''Moga Allah memberkatinya...''


Allah,itu suara sahabat-sahabat ku,teman-teman seperjuangan aku pada ibu.Akhirnya,aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian.Sahabiah ramai yang datan ke majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya,mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya,mereka ketahui sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya,mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahanku...sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam,dalam sujud,dalam rafa'nya pada Rabbi,dalam sembahnya pada Ilahi.Sayup-sayup hatinya merintih.Air matanya mengalir deras.Hanya Tuhan yang tahu.


''Ya Allah,telah engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau.Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,yang menyedarkan aku tentang dunia sementara,yang menyedarkan aku tentang alam akhirat.Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai,aku Hamba Mu yang tak punya apa-apa selain engkau sebagai sandaran harapan.Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..''






Akhirnya,Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian..


''Insyirah bertunang dengan siapa,mak cik?''


Ibu tenang menjawab...''Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang merebak dengan cepat pada tangan,kaki juga otaknya.Kata doktor,Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.''


''Allahuakbar...''Terduduk Khalilah mendengar,air matanya tidak mampu ditahan.


''Buku yang sering di bacanya itu,malam pertama..''


Ibu angguk,tersenyum lembut....''Ini nak bukunya.''Senaskah buku bertukar tangan,karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk''Malam Pertama di Alam Kubur.''


''Ya Allah..patut la Insyirah selalu menangis...Khalillah tak tahu mak cik.''


''Dan sejak dari hari khitbah' tersebut,selalu Insyirah mahu berpuasa.Katanya mahu mengosongkan perut,mudah untuk dimandikan.


Khalilah masih kaku.Tiada suara yang terlontar.Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


''Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT.Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT.Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH.Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya,kerana ibuku bernama Ummu Sulaim,baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta.Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya(Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali.Ummu Sulaim,seteguh dan setabah hati seorang ibu''


Cukuplah kematian mengigatkan kita...Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segaa nikmat dunia.Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,oleh itu sentiasalah berwaspada.Bimbang menikah tergesa-gesa,tahu-tahu sudah bersanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.






                                          MATI ITU PASTI.........


''Sepintar pintar manusia ialah manusia yang mengigati mati..''


''kullu nafsin zaaiqatul maut''
ertinya...setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian..


''Kita jangan takut mati,jangan cari mati,jangan lupakan mati,tapi rindukan mati.Kerana,mati adalah pintu berjumpa dengan ALLAH SWT.Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan...''



Sunday, 6 November 2011

sAlaM AidiLaDha

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, semalam akhirnya tiba juga di Kuala Terengganu selepas perjalanan hampir 11 jam dari Stesen Bas Kajang... First time tiba di malam raya.. memang xtau nak cakap apa..

Saya dan kawan2 bertolak dari UKM lebih kurang jam 8 lebih (pagi).. Kami naik teksi berempat. Seorang balik Kedah, 3 balik Terengganu.. Sampai kat Stesen Bas Kajang, kami sarapan kat warung berdekatan. Dalam jam 10 am akhirnya nmpak bas kami tiba. Masing-masing excited bila naik bas, maklumla dah 2 bulan x balik.. :) Jam 10.15pg kami akhirnya bertolak balik ke negeri tercinta.. Terengganu...

Bile sampai je kat sana, ayah & mak kawan yg satu bas (wani) da smpai.. Ayah saya masih kat masjid.. memang sengaja kol lewat2, padahal orang lain biasanya kol sebelum sampai. Saja nak duduk kejap sorang2 kat situ & perhatikan gelagat2 manusia. :)

Ok la.. Kali ni xnak tulis panjang2. Cukupla sekadar ni saja.. akhir kalam, Salam Aidiladha buat semua.. semoga kita semua dapat memahami dan menghayati erti pengorbanan yang sebenar-benarnya... =)

Sebagai penutup, harap sudi baca coretan kata yg x seberapa ni.. ^^


Pengorbanan.. fhmkah kita erti pengorbanan? 


Kadang2 kita perlu berkorban utk kebahagiaan org lain
Kadang2 kita perlu berkorban utk masa depan yg lebih baik
Kadang2 kita perlu berkorban utk menjamin kebahagiaan di akhirat sana


Kadang2... kita perlu mengorbankan apa yg kita suka demi mendapatkan redhaNya.. jadi.. berkorbanlah.. x semua yg kita nak, kita akan dapat... dan x semua yg kita suka buat, kita boleh buat..




Tuesday, 4 October 2011

Dunia Baru...

Assalamualaikum wbt semua...

Alhamdulillah, setelah pelbagai pengalaman pahit dan manis ditempuhi, akhirnya kini saya telah bergelar seorang mahasiswa... Eh2 kat mana tu? agak2 kat mana??

Mana lagi kalau bukan.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



di menara gading Universiti Kebangsaan Malaysia....


Syukur yang tidak terhingga  dipanjatkan ke hadratNya kerana telah memakbulkan doa saya.. UKM sememangnya antara Uni pilihan.. Tapi sebenarnya antara Uni2 tempatan, yg paling jadi pilihan ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia... UIA.. Tapi nk buat camna, harapan hanya tinggal harapan je la bila masuk matrik.. sebab UIA dah ada matrik diorang sendiri.. Apa2 pun, dah sangat bersyukur dengan apa yang dapat hari ini. =)

Sedikit perkongsian tentang hari pendaftaran di UKM. Sehari sebelumnya,  saya, ayah & adik-adik bertolak ke KL. Malam tu kami tido kat rumah kakak dekat Ampang. Pagi esoknya, kami bertolak ke UKM lepas sarapan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Kakak pun student UKM dulu, jadi dia tau jalan-jalan dalam UKM ni dan kami dapat lalu jalan yg langsung x crowded & dapat parking dgn senang. Time daftar pun tenang2 aje. Alhamdulillah sebab dokumen semua lengkap jadi proses pendaftaran dapat dijalankan dgn lancar & pantas. Bila siap daftar dan masukkan brg2 dlm bilik, kami keluar balik sebab byk lagi brg2 keperluan yg x dibeli.

Jam 2petang tu, maka bermula la sesi orientasi... aturcara dye rsa cam x bape nak ingat la.. hehe.. almaklumla dh sebulan tapi baru nk update sal ni.. tapi pepun bez la jugak 10sen minggu orientasi ni.. cuma yg x beznya byk sangat taklimat.. adoi...

Waktu lalui orientasi ni, selalu teringat kenangan2 time jadi AJKO kat matrik ksygn, Kolej Matrikulasi Perlis haritu.. rasa cam kena buli balik pulak sebab time jadi AJKO tu sonok suh budak2 tu wat itu ini.. pegi sana pegi cni.. gelak2 tgk diorang sbb kena buat benda2 yg cam bdk2 (cth: gantung kunci kt nametag).. pastu tetibe kena buat benda sama.. bezanya cuma haritu jadi yg mengurus, skang jadi yg diurus.. hehe.. rasa kelakar pun ada..



Sebenarnya byk lagi nak cerita, tapi dah penat & xtau nk tulis apa.. ok terima kasih atas kesudian baca cerita yg ditulis cincai ni.. kamsahamida~

^____^

Friday, 2 September 2011

Satu hari di Hari Raya




Assalamualaikum wbt...
Selamat hari raya semua!!

Raya kali ni rasanya raya yg paling blurr.. tetibe je dah raya.. x sedar pun.. hee ^^  Maybe sebab tahun ni xde balik2 kampung kot.. kalo duduk asrama memang la duk kecoh sal raya dengan kawan2.. nyanyi ramai2.. tapi bila duk rumah ni x terasa mana kemeriahan pasal x ramai orang kat rumah time bulan puasa...abg kakak pun balik dh dekat2 raya...

hari raya pertama agak spoil sebab satu family sakit perut kemungkinan besar gara2 makanan berbuka puasa yg kami mkn kt kedai hari sblumnya tu. time sakit pagi raya tu, ingat dah xleh raya dah. Alhamdulillah kami semua mampu gagahkan diri pergi beraya. yang beznye dapat banyak la plak duit raya.. hehe.. rasa cam dah besar.. siap cakap lagi "saya dah nak masuk U dah pun.." tapi orang still bagi. xpe2.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... (nasihat dari orang yg selalu cari musuh :p)

Alhamdulillah, raya kali ni lebih ceria dengan kehadiran 2 orang anak saudara, Airis Safiya & Nurqaseh Qaireen Batrisyia... comel2 blake.. tengok depa 2 orang memang seronok.. macam2 ragam.. macam2 bunyi.. macam2 aksi... Airis dah masuk 5 bulan, Qaseh pulak baru 3 bulan.. Raya tahun depan dah boleh tengok diorang berjalan sama2 kot.. InsyaAllah...

                                        Airis Safiya, anak Kak Long

                          Nurqaseh Qaireen Batrisyia, ank Kak Ngah

Apa yang penting, semua adik beradik ada raya tahun ni. Itulah nikmat yang paling membahagiakan. Raya x raya x penting, yang penting dapat berkumpul satu family. Ayah pun macam biasa datang rumah time pagi raya pertama.  Tapi silap pasal kami x ambik pun gambar stu family.. haiyaa... sayang2..

oh sal baju plak.. macam biasala malam raya baru dapat tengok... Sebenarnya ingat tahun ni dapat pilih sendiri sebab setelah 6 tahun, baru tahun ni saya ada full kat rumah time bulan posa.. tapi mak dah belikan tuk kami.. Tapi tak kisah pun, sebab mak pun dah faham taste anak dia yang pelik sorang ni. Tak mau yg fesyen2 cam yang lain. Biasa-biasa saja, cam tuan dia. ^^

cam nak citer lagi.. tapi x tau nak taip ape dah.. ok xpe, setakat ni je lah dulu melalut.. len kali plak sambung ye.. sayonara~

Wallahualam

Wednesday, 24 August 2011

Sabar dan Redha....

Bismillahirrahmanirrahim...


Saya masih ingat kata-kata seorang ustaz yg merupakan penceramah bebas, katanya, "Ramai org boleh bersabar dgn ujian, tetapi tidak ramai yang redha dengannya.. "


Pada mulanya saya kurang memahami konsep sabar dan redha, tetapi setelah mendengar kata-kata ustaz itu, saya mula berfikir dan merenung kembali. Ternyata apa yang dimaksudkan ustaz tersebut sangat benar..


Rasa bimbang pula bila terfikir yang saya mungkin tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar tetapi tidak redha. Oleh itu, saya berazam untuk mendidik jiwa agar tidak hanya bersabar, tetapi redha dengan segala ujian yang menimpa. InsyaAllah


Di bawah ini, saya selitkan satu artikel tentang konsep sabar dan redha yg sangat menarik, dijumpai dari satu blog. 

.............................................................................................


Saat dilanda ujian dan dugaan, kita bertempik kecewa.
Tika cubaan datang, serasa sesak dada hingga berprasangka buruk kepada Tuhan.
Tatkala dihempit derita, kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.
Bahkan saat itu, kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.
Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
Maka setelah diturunkan ujian berganda-ganda bagi menguji keimanan hambaNya, Allah SWT mengingatkan kita tentang kalimah ‘sabar’. Kerana kesabaran adalah senjata bagi menghadapi segala mehnah dan tribulasi.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)…” (Ali-Imran: 200)
Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dariNya. Dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengikuti jalan sukar yang dihembuskan Syaitan durjana. Syaitan sama sekali tidak akan senang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan senantiasa berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Biarkan Syaitan kecewa dengan sikap kita yang keras menentang bisikan-bisikannya. Perbanyakkan doa dan solat agar tali yang mengikat kepada Rabbi bertambah utuh dan kuat.

Tatkala Dihadirkan Ujian
Setiap kesabaran yang terbina, adalah lahir daripada hati dan nurani yang bersih. Hati yang kotor, adalah amat payah untuk menerima sebuah kesabaran dan rasa redha berpanjangan.
Kebeningan hati laksana sebuah istana kukuh, mampu menahan segala serangan musuh. Sekuat mana musuh itu, jika istana yang dibina dibentengi perisai kukuh, penjaga berdisplin dan teratur, serta senjata penangkis yang utuh, pasti musuh tersungkur rebah tanpa sempat menawan istana itu.
Dari Abu Said al-Khudri RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah SWT akan menjadikannya mampu bersabar. Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (Muttafaq ‘alaih)
Begitu juga hati kita, apabila dibina dengan benteng kesabaran, dikelilingi senjata redha, dan sistem pertahanan berupa doa yang tak putus-putus, nescaya ia sukar untuk diroboh. Saat itu, Allah SWT pasti akan menurunkan pertolonganNya yang berupa kekuatan menyinari dalamannya dan memberikan ganjaran berlipat kali ganda atas kesabaran yang menghiasi diri hambaNya.
Dari Abu Malik al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Sabar adalah cahaya…” (HR Muslim)
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita, bahawa apabila Allah SWT menyayangi suatu kaum, pasti Allah SWT akan menurunkan ujian dan cubaan. Alhasil, Allah SWT akan menilai sejauh mana takat kesabaran yang terbentuk. Kadangkala, ada sesetengah manusia membenci kesusahan, kesakitan, bebanan yang ditimpakan ke atasnya sehingga bertempik benci dan mengeluh panjang kepada Allah SWT. Maka, jika itulah keadaannya, ini bererti manusia itu telah menempah murka Allah SWT. Tatkala itu, Allah SWT akan menimpakan kemurkaanNya dengan nilaian dosa. Dosa akibat lemahnya rasa sabar manusia terhadap ujian yang dihadapi.
Hadis yang telah dikeluarkan oleh Ahmad melalui jalur Mahmud bin Labid menyatakan, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla jika menyintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan cubaan kepada mereka. Barangsiapa yang sabar, maka dia berhak mendapatkan (pahala) kesabarannya. Dan barangsiapa marah, maka dia pun berhak mendapatkan (dosa) kemarahannya.”
Telah disebut oleh al-Qirafi bahawa adanya ijma’ (kesepakatan) di kalangan ulama’ mujtahid bahawa haram hukumnya kita marah terhadap qadha Allah SWT. Keharaman marah terhadap qadha juga ada disebut dalam sebuah hadis lain berbunyi:
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya jika Allah akan menyintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang bersabar maka kesabaran itu bermanfaat baginya. Dan barangsiapa marah (tidak sabar) maka kemarahan itu akan kembali kepadanya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Imam at-Tirmizi. Ibnu Muflih berkata: “Isnad hadis ini baik”)
“Sebab aku tidak ada wang, aku terpaksa mencuri. Mungkin Allah SWT tidak menyayangiku lagi.” Rungut individu yang bersangatan kecewa tanpa dibatasi iman.
“Allah, mengapa Engkau turunkan ujian sebegini, mengapa?!” Bentak individu lain tanda kecewa.
Kes sebegini terlalu banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Kita selalu marah-marah pada Pencipta bila letih menerima cubaan, hingga ada yang sanggup mencaci-maki bagai orang gila yang tidak berpedoman. Kita menyalahkan Allah SWT, menyalahkan takdir, menyalahkan qadar ketentuan Ilahi tanpa menggunakan neraca iman dan ilmu. Kita tidak lagi memandang akan hikmah tersembunyi.
Lantas, kekecewaan bersalut dosa terus membelenggu diri, merantai jiwa hingga tertutup pintu hati kepada sebuah kebenaran. Nauzubillahhi minzalik.
Moga, saya dan kalian terjauh dari perilaku sebegini.

Menelaah Erti Sabar
Erti sabar bukan hanya sekadar meniti di bibir. Bukan semata-mata mengatakan yang kita mampu menahan sabar bila dilanda sekelumit musibah. Sabar juga bukan omongan kosong yang harus diwar-warkan kepada umum agar mendapat pujian dan dilabel sebagai insan yang penyabar.
Justeru, erti sabar sebenar adalah ketika kita tegas mengatakan yang haq lalu melakukannya. Di samping melaksanakan, kita sudah siap-siaga menghadapi sebarang risiko mendatang tanpa rasa lemah, takut, atau berpaling melarikan diri.
Sifat sabar sebenar yang dikurniakan Allah SWT adalah rimbunan buah ketaqwaan yang menyubur di dalam nubari insan beriman. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat.” (Yusof: 90)
Sifat sabar sebenar adalah kesabaran yang menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah SWT, jelas matlamat dan tujuan hidup, bercita-cita untuk menuju ke syurga melalui siratol mustaqim (jalan lurus). Gambaran ini boleh dikutip dari kisah kesabaran Bilal bin Rabah menahan derita disiksa dan dihempap batu besar tatkala mempertahankan keimanan kepada Azza Wajalla. Begitu juga kisah keluarga Yasir yang disula hingga menemui ajal semata-mata bersabar menahan siksaan atas keengganan kembali kepada kepercayaan Jahiliyyah lagi Taghut. Lantas Rasulullah SAW bersabda:
“Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”
Misalan lain, sebagaimana kesabaran Khubaib dan Zaid; dia berkata:
“Demi Allah, aku tidak suka Muhammad SAW ditimpa musibah walau hanya dengan duri, sementara aku selamat dengan keluargaku.”
Selain itu, sifat sabar orang-orang yang menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim, menghentikan perbuatan mencaci dari kalangan mereka yang suka mencaci, melaksanakan amar makruf nahi mungkar juga terkategori sebagai kesabaran sebenar.
Ini sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW:
“Tidak, demi Allah, kalian harus menghentikan orang yang zalim, kalian harus membelokkan mereka (dari kezaliman) menuju kebenaran, dan kalian harus menahan mereka dalam kebaikan atau Allah akan mengunci hati sebahagian dari kalian disebabkan oleh sebahagian yang lainnya dan Allah akan melaknat kalian sebagaimana telah melaknat Bani Israil.”
Maka, bersabarlah dengan sebenar-benar sabar bila qadha Allah bertandang ke kamar hidupmu...


sumber : http://www.faridrashidi.com/2011/03/09/bersabar-menghadapi-ujian-dan-redha-terhadap-qadha/